PendekarJava

Tuesday, January 20, 2009

Umno sudah habis gas

Umno hilang daya tarikan - demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tajuk berita Utusan Malaysia 20 Januari yang melaporkan dari Manama, Bahrain.


Umno perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata, langkah tersebut perlu kerana Umno kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu.

"Kita perlu ada 'wow factor' (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia kembali."

Demikianlah komen Muhyiddin mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi, menang dengan majoriti 2,631 undi; Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai pada zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka. Nada kempen "kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur," sudah basi.

Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan.

Kalau tidak ada Umno-BN, pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Sebab itu manusia disebut sebagai 'haiwan madaniyun' iaitu makhluk yang berkembang. Justeru Allah amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah.

Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan burger.

Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno-BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan.

Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca. Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno. Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Piala Monsun yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun.

Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno-BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat.

Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah. Sedangkan Terengganu ada hasil minyak. Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya ke mana wang royalti minyak dibelanjakan.

Generasi muda pada hari ini adalah orang yang antirasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin Umno-BN malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik. Akibat rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja. Sebab itu Umno boleh tipu orang pada sesetengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.

Naib Presiden Umno, Mohd Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti PAS yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada PAS yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya. (Utusan Malaysia 19/1/2009)

PAS hendak tanya bila ia janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang undi Umno-BN dapat syurga. PAS sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga.

Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh hidup lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri. Umno kena tinggal ideologi lapuk mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia.

Semua ideologi manusia tersungkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai pada era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan." - al-Hasyr, 59:2

Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihan raya Umno di Kuala Terengganu ialah agensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya.

Umno perlu ingat jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa. Setiap tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihan raya Kuala Terengganu adalah daripada kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat.

Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang lima negeri Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh. Ada sesetengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat.

Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kita tegak di atas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri.

Umno bergerak dengan upah, bukan berasaskan hati yang suci. Sebab itu pada hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja.

Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dnegan bangsal panas PAS sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Sahlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapur perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talkinkan oleh ahlinya sendiri.


Ustaz Idris Ahmad

Kenapa Umno Kalah

Keputusan pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sudah dua hari berlalu di mana keputusan memihak kepada parti PAS dengan majority 2631 undi.
Kejayaan PAS merampas kerusi daripada UMNO yang dimenangi dengan majority 651 undi pada PRU12, mengundang pelbagai ulasan dan reaksi.
Media arus perdana nampaknya kurang mengulas kecuali beberapa berita terkini semasa, namun media IT, terdapat beratus analisa dan komen yang boleh dibaca secara online.

Jika dilihat dalam konteks pilihanraya kecil, UMNO(BN) kalah adalah berdasarkan beberapa faktor kecil seperti faktor strategi dan faktor calon. Di dalam pilihanraya ini tiada isu nasional yang timbul kecuali isu yang telah pun dimainkan di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas.

Faktor calon paling mempengaruhi pengundi di mana calon BN Wan Farid dikata tidak mesra rakyat. Salah percaturan strategi memilih calon ini mungkin boleh diulas oleh Pengarah pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (BN) apabila post mortem nanti.

Kekalahan ini adalah kekalahan kedua UMNO(BN) berturut-turut dalam pilihanraya kecil Parlimen. Di Permatang Pauh, faktor strategi juga dikatakan punca utama kekalahan selain faktor calon kerana kredibilitinya tidak mampu menyaingi kredibiliti calon pembangkang.

Jadi dalam PRK Kuala Terengganu, kelemahan itu telah diserap, namun UMNO(BN) tetap juga kalah.

Justeru, kekalahan UMNO(BN) di Kuala Terengganu ini perlu dilihat secara global lingkup Malaysia. UMNO(BN) meneraju kerajaan Malaysia selama 50 tahun. Namun hanya 46 tahun UMNO(BN) berbakti kepada rakyat dengan cemerlangnya.

Sepanjang 46 tahun itu UMNO(BN) memainkan peranan membangunkan Negara dan membantu rakyat tidak mengira kaum. Banyak dasar-dasar yang digubah menampakkan usaha bersungguh-sungguh dan keikhlasan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sepanjang 46 tahun itu, tiada parti pembangkang yang boleh menggugat UMNO(BN) daripada memenangi pilihanraya. Jika ada pun hanyalah beberapa kerusi, ini pun berasaskan etnik seperti di Sabah dan Sarawak .

UMNO(BN) sentiasa mendapat 2/3 majoriti kerusi parlimen setiap kali pilihanraya umum di adakan.Selama 46 tahun ini, sebarang isu yang ditimbulkan oleh pembangkang hanya seperti angin lalu, tidak memberi kesan langsung kepada UMNO(BN).

Segalanya berubah apabila UMNO(BN) memenangi pilihanraya umum 2004 dengan rekod paling cemerlang. UMNO(BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, cucu kepada seorang ulama terkenal suatu masa dulu, menampakkan kelainan yang paling ketara.

Kejayaan paling cemerlang ini telah melalaikan para pemimpin UMNO(BN) daripada tanggungjawab sebenar mereka untuk membangun Negara dan membantu rakyat. Bermula tahun 2004, semua masalah mula timbul dan tanggungjawab membangun Negara serta membantu rakyat telah bertukar kepada tanggungjawab membantu diri sendiri dan kaum kerabat (kroni).

Maka wujudlah gejala berebut hasil mahsul Negara oleh para pemimpin mereka dan sekali gus mengabaikan tanggungjawab kepada Negara dan rakyat.

Isu harga minyak sebagai contoh. Kerajaan melalui Petronas yang mendapat keuntungan beratus billion ringgit apabila harga petroleum meningkat sepatutnya dapat menyalurkan keuntungan itu untuk membangun Negara dan membantu rakyat. Namun apa yang berlaku, semakin untung petronas, subsidi yang diberikan kepada rakyat semakin ditarik balik. Kemudian apabila harga petroleum menjadi murah, petronas kurang mendapat keuntungan, rakyat pula dipaksa membayar cukai bahanapi.

Para pemimpin dilihat menggubal dasar dengan alasan membantu rakyat, namun diakhirnya keuntungan mutlak masuk poket pemimpin yang mempunyai share dalam syarikat. Pembentukkan consortium IPP sebagai contoh di mana kerajaan terpaksa membayar tenaga yang tidak digunakan berbillion ringgit kepada syarikat tersebut. Pembaziran ini menyusahkan rakyat kerana kos itu ditanggung oleh rakyat dalam bentuk percukaian.

Lihat saja scomi. Siapa pemilik dibelakangnya dan kaitan dengan kerajaan Malaysia. Dan cuba siasat berapa tender kerajaan serta nialinya yang diuruskan oleh syarikat ini.

Sampai satu peringkat, pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan sukar mendapat habuan mereka. Maka kudis rasuah membiak dan semakin bernanah serta membusuk sehingga ia terang-terangan dilakukan tanpa selindung.

Perdana Menteri sendiri paling hebat. Kewujudan ‘empat budak cerdik di tingkat empat ‘ Putra Jaya sebagai perancang semua hal ehwal Negara mencerminkan kelemahan kerajaan kini. Atau rakyat sebenarnya melihat ia bukan kelemahan tetapi kekuasaan PM sendiri di dalam hal-hal kebajikan keluarga dan kroni.

Disiplin pemimpin atasan juga semakin teruk dan membimbangkan. Jika pada tahun 1998 DS Anwar Ibarahim ditendang daripada kerajaan kerana masalah disiplin – tuduhan meliwat, kini tahun 2008 Datuk Seri Najib yang menghadapi tuduhan terlibat kes bunuh tidak diambil tindakkan malah dijanjikan jawatan Perdana Menteri mac ini. Gaya Imelda Marcos isterinya juga mencerminkan masalah disiplin para pemimpin tertinggi di peringkat amat serius.

Jesteru kekalahan UMNO(BN) adalah disebabkan oleh para pemimpin mereka telah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Para pemimpin yang sibuk menjaga ‘buku bank’ mereka telah melupakan kesengsaraan rakyat. Terkini dengan masalah ekonomi global yang teruk, kenaikan harga barangan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan, bebanan infalasi dan pengangguran oleh rakyat menyebabkan rakyat bangkit mengamuk. Kuasa rakyat adalah ketika pilihanraya berlangsung. Oleh itu rakyat telah tunjukkan kuasa mereka ketika pilihanraya 2008 dengan menafikan majority 2/3 yang diperolehi UMNO(BN) sejak pilihanraya pertama lagi. Dan kuasa ini ditunjukkan lagi pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Rakyat akan mengamuk lagi dengan kuasa mereka pada pilihanraya umum 2013 nanti dan kali ini mungkin UMNO(BN) akan menjadi sejarah.

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat,"-Datuk Seri Najib Razak

Kenyataan pemimpin :-Malaysiakini.com

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata ,Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun, akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika ia terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup.
"Saya fikir Najib tidak harus dipersalahkan terhadap (kekalahan BN di Kuala Terengganu) tetapi jika beliau terus memilih atau menyokong pemimpin yang korup, maka saya fikir beliau akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang," –Dr. Mahathir Mohamad.

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia,"-Lim Kit Siang

"Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan," – Anwar Ibrahim.

Original article on ataspagar.com

Hitler itu mungkin ada benarnya.

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.








Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..



CosaNostra writes "oleh Dr Asri

Monday, January 19, 2009

Pengajaran di Kuala Terenganu

1.Selesai sahaja keputusan PRK Kuala Terengganu diumumkan, Presiden PAS Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyatakan terima kasihnya kpd SPR dan juga pihak keselamatan yang memastikan perjalanan PRK dapat dibuat dengan baik, aman, teratur dan licin. Beliau juga menghargai SPR kerana begitu sensitif dengan tindakan Dato’ Bandar KT yang bertindak di luar batasan sehingga membawa kepada pertukaran Pengarah Pilihanraya bagi PRK KT itu.

BERMAKNA, ini adalah satu kejayaan kepada Kerajaan yang mencerminkan ketelusan dalam memainkan peranannya. Dalam kata lain tak main tipulah. Semua pihak suka & gembira bila kejujuran dan keikhlasan diletak sebagai asas kita menunaikan tanggungjawab. Tahniah kepada SPR dan juga pasukan keselamatan….

2. TETAPI, Presiden PAS juga menyarankan dan berharap agar Pak Lah akan terus memimpin negara kerana akan banyak lagi ketelusan yang akan dibuat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Kehakiman. Adakah ini satu kenyataan yang ikhlas atau sindiran mahu pun PERLI.? Saya dan semua pembaca pasti yakin yang kenyataan ini adalah SINDIRAN & PERLI.

3. Tun Dr. Mahathir juga dalam kenyataannya sebagai menyebut kekalahan BN di PRK KT adalah disebabkan factor calon kerana ;

3.1.Calon adalah orang yang tidak disukai oleh orang ramai atau pengundi .(sebenarnya bukan setakat orang KT tapi orang luar Terengganu pun ramai yang tak suka dengan Wan Farid ni,lebih-lebih lagi yang kenal siapa dia ni… PERCAYALAH).

3.2. Calon juga merupakan bekas S/U Politik Pak Lah, maka memanglah orang-orang kanan Pak Lah tidak disukai ramai. Ditambah lagi dalam kenyataannya yang memang ramai orang yang tak sukakan Pak Lah.

3.3. Orang tak ada pilihan kerana pengundi lebih bencikan BN berbanding dengan yang lain.
BERMAKNA, sedari awal lagi pemilihan Calon adalah tidak tepat, maka kita semua kena menanggungnya. Selain dari itu, lain-lain factor domestic di KT mahupun Terengganu amnya juga tak asing bagi para pengundi. Jadi, kuranglah lagi satu kerusi BN di Parlimen. Selain itu Terengganu juga kehilangan 2 Timbalan Menteri, iaitu Timb.Menteri Pelajaran (Allahyarham Dato’ Razali Ismail) dan Timb. Menteri dalam Negeri (Wan Farid).

KESIMPULANNYA, kita patut sedar dan malu dengan kenyataan-kenyataan seumpama ini. Khususnya kesedaran itu haruslah diakui oleh Pak Lah dan para pengikut setianya.,seperti KJ, Mat Taib, Ali Rustam, Wan Farid, Alwi, Reezal ,Zaki dan yang sama pe’el dengannya.
Dan yang terlebih penting adalah kepada Perwakilan di PAU Mac 2009 kelak. Gunakanlah kuasa Saudara dan Saudari untuk masadepan UMNO yang menjurus kepada masadepan Agama Islam dan ketuanan Bangsa Melayu.

Kita boleh menipu semua orang yang mereka (KJ,Mat Taib,Ali Rustam, Shahrizat, Reezal, Zaki dan lain2 konco2nya) layak untuk dimenangkan tapi kita tak boleh menipu diri kita sendiri dan kita sememangnya sedar siapa yang sepatutnya/selayaknya untuk kita sama-sama julang dan menangkan kelak.
KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN Saudara/Saudari adalah sangat-sangat dituntut untuk masadepan dan maruah kita ORANG MELAYU. SAYA MEMOHON DAN MERAYU agar letakkan lah KEBENARAN sebagai tiang dan pedoman Saudara/Saudari tetekala memegang Pena dan Kertas Undi Mac nanti. KEBENARAN MEMANG MEMERITKAN. Telanlah segala kepahitan untuk tempoh lebih kurang 2 bulan ini.

Kita tak mahu nanti apabila kita tersalah pilih maka, kalau tak 5 tahun lagi mungkin 10 tahun atau kurang dari 20 tahun nanti kita akan jadi macam saudara kita di Palestin. Tersungkur di BUMI sendiri. Menderita dan sengsara akibat tiada persefahaman,perpaduan dan pemimpin yang benar-benar mampu untuk mencatur masadepan anak bangsa sendiri. Isu ini bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata. Ia adalah asas,akar dan tiang kepada masadepan MELAYU. Jangan ambil mudah untuk kepentingan kita sendiri.

Kita tak mahu suasana selepas detik 8 Mac 2008 terjadi lagi atau suasana yang lebih buruk lagi yang akan berlaku. Tanyalah dengan saudara mara kita di Perak khususnya. Perubahan yang dicari tapi akhirnya lebih banyak lagi tanah yang tergadai.

Janganlah kita jadi HAMBA DUIT. Sesungguhnya ia akan membawa kita ke lembah penghinaan dan perbuatan kita mengambil DUIT itu tak ubah umpama PELACUR…. Diulangi umpama PELACUR. Lebih malang lagi bagi yang kurang pedoman, digunakan duit itu untuk beri makan, minum dan menSEKOLAHkan anak-anak dari DUIT HARAM. Darah yang mengalir ditubuh anak-anak dan isteri adalah hasil dari PELACURAN politik diri sendiri. Maka pembesaran anak-anak akan disulami dengan pelbagai masalah seperti anak yang degil, pelajaran tak berapa bagus, hisap dadah, gejala social dan lain-lain lagi. Inilah yang disebut sebagai penyakit ROHANI (spiritual). Kita memang selalu ambil ringan penyakit ini berbanding penyakit CANCER atau yang lain.

Saya serahkan kepada Saudara/Saudari samada suka atau pun tidak membaca artikel ini, tapi inilah HAKIKAT DAN KEBENARAN YANG SEMUTLAK-MUTLAKNYA.
Kepada yang terlibat member/menghulur DUIT juga umpama orang yang melanggan PELACUR. Insaflah wahai UMATku. Manusia memang sentiasa LEKA dan LALAI. Maka, marilah sama-sama kita ingat mengingat diantara kita.

BANGKITLAH SAUDARAku…janganlah kerana DUIT akhirnya KITA mengemis di BUMI kita sendiri.

BERMAKNA, pembangkang lebih suka sekiranya Pak Lah terus memimpin negara kerana ini adalah kelemahan Kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya kelemahan Pak Lah semakin menjadi-jadi sehingga menjadi bahan sindiran kepada kemenangan PAS di PRK KT. Yang amat penting lagi adalah,lagi lama Pak Lah sebagai PM lagi banyak kerusi BN/UMNO akan kalah…. Sebab tu lah Hadi Awang cakap macam tu.

SENARAI PRODUK ISRAEL YANG HARUS DIBOIKOT

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi

Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000